RENUNGAN BULAN JUN

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Bulan Jun telah berlalu dan Julai pula menyingkap tabir. Begitulah perjalanan perjalanan hidup duniawi. Sepanjang Jun sahaja banyak perkara dan berita yang terjadi selain gelombang ekonomi yang tak menentu, wabak Influenza A(H1N1) @ selsema babi (yang hangat sekejap isu penggunaan istilahnya diantara Menteri Penerangan dan Keseniaan dan Pengarah Kesihatan).
Kematian raja pop dunia Michael Jackson dan pelakon seksi (suatu ketika dulu) Farah Fawcet menjadi lebih sensasi dari berita penindasan umat Islam di Palestine dan Iraq.

Malaysia juga kehilangan seorang pelakon terkenal Shukri Hashim. Dunia Islam juga kehilangan seorang tokoh ilmuan yang banyak berjasa dalam mengajar dan memberi petunjuk dalam menghadapi cabaran zaman moden ini yaitu Al-marhum Dr Fathi Yakan yang meniggal dunia di negeri kelahirannya Lubnan.


BINTANG MILLENIUM



Cerita Michael Jackson saja mampu menggelamkan isu kerajaan perpaduan dan kemerajukan DAP Kedah dengan sekutunya dalam Pakatan Rakyat PAS.
Media arus perdana antarabangsa dan tempatan menggunakan kesempatan menarik perhatian penonton dengan menyiarkan apa saja berita, cerita, gambar atau pun khabar walaupun di atas angin, bagi menaikkan rating penonton.
Keluarlah kata-kata sendu seperti; Dunia telah kehilangan bintang……
Teringat kembali tidak berapa lama dulu apabila berita Al-Fadhil Datuk Ishak Baharom, bekas mufti Selangor meninggal dunia juga tenggelam dengan berita kematian penulis lirik terkenal Loloq.



Zaman kegemilangan Islam menyaksikan bagaimana pemergian para Ulama ditangisi dan dirasai kehilangannya kerana peranan merek diumpamakan seperti bintang-bintang yang menyinari dan menyuluh kehidupan masyarakat dalam mencari keredhaan Ilahi dan kebahagiaan hakiki di dunia dan seterusna di negeri akhirat nanti.
Jauh sungguh manhaj hidup umum manusia pada hari ini, agama dan syariat umpama kapal selam, banyak tenggelam semasa berjalan, hanya timbul bila sampai ke destinasi pelabuhan. Sering kita lihat apabila telah meninggal atau memperingati akan kematian seseorang maka sibuklah handai taulannya berkumpul dengan “pakaian sembahyang” sambil membaca Yasin dan bertahlil. Selepasa itu kembalilah mereka kepada pelukan dunia tanpa mengambil peduli untuk menjadikan kematian itu sebagai pengajaran dan keinsafan bagi sedikit hidup yang berbaki ini.

Datuk Ishak Dr Fathi Yakan Syeikh Hassan Al-Banna

Bintang-bintang yang menyinari jalan penduduk dunia menuju akhirat

Pengajaran dari renungan dan menungannya secara ringkasnya adalah:

  1. Sunnah kehidupan pasti terjadi, yang hidup pasti mati, walau siapapun dia dan bagaimanapun kedudukan dan kuasanya, lantaran ada yang Maha Berkuasa menentukan segalanya.
  2. Dunia ini mudah melalaikan kita, sebagaimana gambaran israk mikraj tentang wanita tua yang berhias cantik melambai setiap yang lalu dan berpaling padanya.
  3. Kenalilah permata walaupun kurang bersinar, kerana walaupun jatuh ke lumpur ia tetap berharga dan berhati-hatilah dengan kaca, walau cantik bersinar, gemerlapan dan pesonanya hanya sementara, kalau disalah guna boleh menyebabkan luka.
  4. Muhasabah diri dengan menjadikan apa yang didepan mata sebagai iktibar dan pengajaran, moga kejujuran dalam melihat dan menilai menyerlahkan kebenaran dan keredhaan Allah Yang Maha Mengetahui dan Berkuasa atas segalanya.

0 Response to "RENUNGAN BULAN JUN"

Catat Ulasan

Powered by Blogger